Ambil Dadah Jenis Ganja, Farid Kamil Dipenjara 9 Bulan Bermula Hari Ini

Akibat kesalahan menggunakan dadah jenis ganja, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret sebentar tadi.

Menerusi laporan BH Online, suami kepada pelakon Diana Danielle itu memilih untuk berdiam diri setelah hukuman dijatuhkan oleh Majistret Nor Ariffin Hisham.

Menurut Nor Ariffin, beliau memerintahkan pelakon berusia 38 tahun itu berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

“Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan mahkamah mensabitkan tertuduh bersalah,” katanya.

Menerusi perbicaraan berkenaan, mahkamah juga tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman.

Berikutan itu, Farid akan dibawa ke Penjara Kajang dan hukuman penjara itu diperintah bermula tarikh sabitan iaitu hari ini.

Sumber : BH Online via https://www.ohmymedia.cc/