Amalkan Doa Ini, Doa Agar Cepat Memiliki Rumah, InshaAllah Tidak Sampai Setahun Kita Sudah Di Beri Rezeki Rumah.

Di riwayatkan dari alhabib Tohir Alkaff, beliau mendapatkan dari Alhabib Thohir bin Muhammad bin Sholeh Alhamid (Tanggul), beliau berkata ini do’a dari Alhabib Sholeh Tanggul.

Inilah DOA AGAR CEPAT MEMILIKI RUMAH:

اللهم رب البيت

أسألك بجاه أهل البيت

أن تيسر لي خير بيت

حتى لا نقول يا ليت

Allahhumma robbal bait

As aluka bijahi ahlil bait

An tuyassiro li khoiro bait

Hatta la naqul ya lait.

ERTINYA..

Ya allah engkau pemilik baitullah.

Aku memohon dengan wasilah ahlil bait rosulullah.

Agar engkau mudahkan untukku sebaik2nya rumah.

Sehigga aku tidak mengucap seandainya aku punya rumah.

InsyaAllah tidak sampai setahun kita sudah diberi rezeki rumah.

Jangan Lupa biasakan diri memberi sedekah untuk anak yatim minima memberinya sekadar yang mampu dan usap kepalanya dengan penuh kasih sayang.

TIPS MENDATANGKAN RIZQI

Para ulama ‘arif billah telah menyebutkan tips-tips amalan yang boleh mendatangkan, menarik atau menghadirkan rizqi, iaitu:

1. Solat dengan penuh khidmat dan khusyu ‘.
2. Membaca surat al-Waqi’ah pada malam hari.
3. Membaca surat Yasin dan Tabarak di waktu pagi.
4. Mendatangi masjid sebelum dikumandangkan azan.
5. Selalu dalam keadaan suci (jika ia batal langsung memperbaharui wudhu’nya).
6. Melaksanakan solat sunat Fajar dan Witir di rumah.
7. Memakmurkan masjid ba’da solat Subuh hingga keluarnya matahari dengani’tikaf di dalamnya dan memperbanyak bacaan: “Yaa Kaafiy yaa Mughniy yaa Fattahyaa Razzaaq.”

Sedangkan dari Imam Syafi’i Ra. mengatakan bahawa: 4 hal yang dapat menarik rizqi:

1) Qiyamullail
2) Memperbanyak istighfar di waktu sahur
3) Senang bersedekah
4) Berzikir di awal siang hari dan di akhirnya. “

dan Ada empat sebab yang boleh menyukarkan datangnya rezeki:

1. Tidur dipagi hari
2. Sedikit solat
3. Malas
4. Khianat

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *