Akui Tak Subur, Dr. Say Shazril Buat Rawatan Dan Akhirnya Isteri Hamil Tanpa Bantuan IVF

Setiap pasangan yang telah berkahwin semestinya menginginkan cahaya mata sebagai pelengkap kepada rumah tangga yang telah dibina. Begitu juga dengan pasangan doktor yang popular ini iaitu Dr Say Shazril dan Azura Abas.

Setelah beberapa bulan dikaitkan dengan kontroversi apabila membuka aib sendiri sebaik sahaja mengakui dirinya tidak subur, kini isteri kepada pengacara My Doctors itu telah disahkan hamil. Khabar gembira tersebut telah dikongsi oleh doktor kacak itu di laman Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

Topik : Bukan Semua Salah Perempuan Part 4 (Extra Credit) . Aritu dh part finale eh? Sy bukak balik la eh sb 3 bulan dh berlalu sejak sy lakukan ujian Semen Analysis pertama sy. Maka arini kena repeat tuk penentuan tahap kesedapan kuah sy. Ape yg telah berlaku sepanjang 3 bulan ni? Sy talak satu air berkarbonat, bila duduk rumah sy go full orang asli (tiada pakaian dalam maximum pengudaraan), sy amalkan pemakanan yg lebih sihat & sy intim bermadu dua dgn supplement kesuburan sy. . Alhamdulillah keputusan ujian kuah sy, LAZAT! Melonjak gembira sy & adik sy sb yelah 3 bulan menanggung malu kuah basi tu agak lama bagi kami berdua. Maka skang its time tuk go all out “terkam” bini tapi tup tap sy terpaksa berpuasa sb Alhamdulillah BINI SAYA PREGNANT! Tiada perkataan yg dpt menggambarkan kegembiraan sy bila urine pregnancy test bini positif & bila pi scan nampak seketoi kantung comel yg memberi sejuta harapan kpd kami berdua. Berlinang air mata sy bang tgk Say Junior in the making. . Mcm mana bley jadi lagu tu pdhl baru repeat test arini? Well, dlm tempoh 3 bulan ni disamping medication & lifestyle changes, sy tetap bersama bini & tetap berusaha (mostly sb xmau perabih duit kt IVF) & Alhamdulillah dengan rezeki-Nya terjadilah perlekatan. Di samping tu, tak dilupakan berkat doa kalian menjadi penyumbang utama kpd penerbitan Say Junior ni. . Maka dgn kesempatan 30th birthday sy arini, sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih kpd anda semua followers sy atas advices, tunjuk ajar & paling penting positive vibes korg. Obviously sy xkn lupekan mrk yg dlm kesusahan trying to conceive spt sy pd awal2 dlu. Paling penting adalah kalian be open ttg mslh kalian & berkongsi dgn saluran yg btol & im all ears for u guys. Thank u again peeps setia membaca part 1 sampai part 4 sy. . #sharingbysay

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Bukan semua salah perempuan…

Sebeum ini, dia juga pernah berkongsikan pengalaman sepanjang usaha untuk mendapatkan cahaya mata. Meskipun dikecam oleh netizen kerana menceritakan hal ‘dalam kain’ kepada umum, namun lelaki berusia 30 tahun tersebut mengakui bahawa segala perkongsiannya selama ini adalah untuk memberikan kesedaran terhadap orang di luar sana.

Dia juga berharap agar semua orang di luar sana tidak memberikan tekanan sepenuhnya kepada si isteri seandainya gagal mendapatkan cahaya mata kerana si suami juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan berkaitan dengan tahap kesuburan.

Badan sasa, kuat pergi gym, bukan penentu lelaki itu sihat

Meskipun memiliki tubuh yang sasa dan kuat bersenam, doktor kacak itu mengakui hal itu sama sekali tidak dapat menentukan tahap kesuburan seseorang lelaki.

Alhamdulillah, setelah menjalani pemeriksaan kesihatan, ubah gaya hidup, berusaha tanpa henti dan sebagainya, kini pasangan tersebut bakal menimang cahaya mata sulung mereka tanpa menggunakan bantuan in vitro fertilization atau lebih dikenali sebagai IVF.

Tak malu kongsi masalah…

Shazril juga sebelum ini selalu berkongsi pengalamnnya sepanjang usaha untuk mendapatkan rawatan kesuburan. Bagi pasangan yang mengalami masalah yang sama, mungkin anda boleh menjadikan pengalaman doktor ini sebagai sumber inspirasi.

 

View this post on Instagram

 

Topik : Bukan Semua Salah Perempuan Part 1 . Post ni panjang skit n dikhaskan tuk yg dah atau akan berkahwin sb lusya (18SX) skit. Anyway kami kawin dah 4tahun setengah. 2 tahun lpas kawin kami merancang xmo ade kids sb yelah bz housemanship (xmo habis lmbt n xmo gune ngandung/ anak sbgi alasan salu ponteng/ dtg lmbt) dgn cara kuah asing (buang luar) semata2. . Sepanjang 2 tahun kuah asing tu mmg x lekat n sy pun ingat woah power kuah asing ni maka kami teruskan kuah asing smpi lah kami di Terengganu. Bile kt Tengganu pn kami sambung rancang sb suasana agak x kondusif tuk pregnancy (jauh dari family n sy kerja shift n bini pn oncall sokmo). 2 tahun berlalu di Terengganu b4 kami quit gomen n pulang ke Selangor. . Sejejaknya kami di Selangor ape lagi kuah campur siap kuah banjir sy bagi tp seperti normal Malays bile xlekat mula pikir salah bini kot sb dulu die pernah operate besar2an belah perut (explorative laparotomy) tuk burst appendicitis. Maka bini herself dh mula risau thinking die xleh pregnant. . Maka kami consult specialist kami di Serdang dlu n die sarankan kami both buat checkup. Sy pun typical pemikiran lelaki pikiaq “aku nk buatpa, aku sihat salu p gym jaga makan”. Maka bini buat checkup dlu. Amik darah check hormon normal. Buat HSG (nk tengok saluran peranakan tersumbat) pun came back normal. Now its my turn. Tp kna tnggu part 2 naa peeps ahaha. . #sharingbysay

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

 

View this post on Instagram

 

Topik : Bukan Semua Salah Perempuan Part 2 . Tiba masa sy tuk buat checkup. Sy dgn yakin & bangganya pergi thinking “ah mesti aku ok lah, aku gagah”. Masa pi tu agak ramai lelaki lain yg buat checkup dtg ngn bini masing2. Tp sy relax dtg solo sb yelah kite kuat kan ahaha. Tup tap Semen Analysis (ujian kecemerlangan kuah) sy came back as Teratozoospermia (banyak sperm yg abnormal morfologi, xbnyk sperm yg normal). Terduduk sy bang. . Teringat banyak crita2 yg sy dgr sebelum ni bile psgn xleh pregnant, bini dipersalahkan, suami mintak cerai sb bini mandul. Sy pun pikir lah nasib sy “gulp mati aku bini ak mintak fasakh sb kuah aku basi”. Sy sempat curi2 intai keputusan laki2 lain yg kt situ n mostly semua mcm sy Teratozoospermia cuma yg lebih menyedihkan bini depa ada kt sebelah nk mengadap skali kputusan yg kuah lelaki mereka bukan seperti yg mereka idamkan. . Sy anta kputusan Semen Analysis sy kt specialist sy sebelum sy roger bini sy. Specialist sy reply “not bad, there is still hope, u kena…”. Bila sy dgr “there is still hope” tu, langit jadi cerah gilaaa bakhang. Maka sy terkinja-kinja wassap bini telling her my result n terus dgn cepat sy sandarkan ayat specialist sy “there is still hope”, bini pun akur & positif. . Terus sy amalkan nasihat specialist sy yakni jgn pki seluar ketat2, kurangkan pengambilan caffeine & patuh makan ubat yg disuruh. Awat sperm sy jadi lagu tu? Sy pn xtau, sb sy xamik supplement lama dh tp mmg sy suka gila minum pepsi black dekat 4-5 cawan sehari campur ngn kopi lg & at d same time makan benda2 xsihat. Sy amalkan dekat 2 bulan, lepas tu… Aishhh sabaq naa part 3 coming soon heheh. . #sharingbysay

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

 

View this post on Instagram

 

Topik : Bukan Semua Salah Perempuan Part 3 & Finale . Part 2 aritu ayat last “lepas tu” eh? Silap2 patutny “tapi”. Tapi dlm tempoh 2 bulan ni mmg challenging. Wlpn kuah sy yg bersalah tp d pressure is always on d female side, mrk lah yg kne berhadapan dgn soalan mek bawang “bile nk dpt anak”, “tunggu ape lg, rezeki xelok tangguh2”, “kilang ko tutup baru tau” n bini being a good bini xkn nk balas “owh xleh dpt anak sb kuah suami basi”. Almost hari2 bini termenung, menyepi & knkdg menangis. . Kite laki mmg kite chill. Kalau boleh, nk nmpk mcm bujang selamanya. But seeing bini mcm tu it somehow affects me. One day bini bukak topik nak buat IVF (persenyawaan luar rahim) yg cost easily RM15-18k. Terduduk lg skali sy bang, mane nak cari duit bnyk tu dgn baru pindah rumah & aku keje insta review je. Sy comfortkan bini “bg i masa 3 bulan tuk i habiskan ubat ni & tuk i ubah lifestyle b4 i repeat another Semen Analysis. If xde improvement kite IVF ikut cara u” Bini akur. . Maka bermulalah lifestyle changing sy. Kalau korg ikut story sy sb tu lah sy rajin masak sendiri, pagi2 breakfast amik tea instead of coffee, pepsi black mmg sy buang. Semua demi bini (ada skit la sb sayang duit heheh). Tup tap 3 bulan tu xsampai lagi sb skang masih dlm proses perubahan so belum tiba maseny nk repeat balik Semen Analysis sy. Sorry bukan happy ending spt yg korg idamkan cz this is life, bukan Kabi Kushi Kabi Gam. . Morale of d story, ketidaksuburan is 50-50 kpd perempuan & lelaki. Wahai kaum lelaki jgn ingat 100% ketidaksuburan terletak kt bini cz dgn environment nowadays yg penuh dgn pencemaran (asap okok, asap2 lain) & gaya hidup yg penuh caca merba (pemakanan melalut, excessive caffeine, supplement yg xtau ada apa dlm) sume bley menyumbang kpd ketidaksuburan. Yang paling penting ego kne letak tepi bang. Jgn ingat kite ni muka tajam, dahi licin, kuah kite lazat pdhl bile chck expired. . Kpd mrk yg teka2 mase part 2 yg bini sy dh preggy, sy ambil teka teki anda sbgi doa yg one day kami akan dimurahkan rezeki ye? Alhamdulillah lpas sy buat post ni ramai yg opened up dgn mslh trying to conceive masing2. Till then kalau ada good news InsyaAllah sy share kt sini deh? . #sharingbysay

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Sumber: IG Say Shazril via https://www.ohmymedia.cc

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *