Ajay Devgn Kantoi Skandal Dengan Perempuan Lain, Kajol Alami Depression

Pasangan pelakon Bollywood terkenal Ajay Devgn dan Kajol sering menjadi perhatian ramai peminat kerana kedua-duanya adalah pasangan selebriti.

Namun baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah memuat naik bebenang membongkar tentang pergolakan rumahtangga pasangan selebriti sensasi.

Menurut Anna, pergolakan itu berpunca daripada kecurangan Ajay Devgn. Ajay Devgn memang dikenali sebagai lelaki yang pendiam, namun dalam diamnya, Ajay dikatakan merupakan seorang playboy sebelum dia berkahwin dengan Kajol lagi

Raveena Tandon

Aktres jelita Raveena Tandon dikhabarkan mempunyai hubungan sulit dengan Ajay. Raveena pernah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka berdua adalah sepasang kekasih, namun dinafikan oleh Ajay yang menyifatkan hubungan mereka hanya sekadar kawan.

Karisma Kapoor

Pelakon Karisma Kapoor antara yang pernah mempunyai hubungan dengan Ajay selepas mereka berdua berlakon dalam filem Suhaag. Antara perkara yang membuatkannya jatuh cinta dengan Ajay adalah kerana personaliti Ajay yang pendiam dan misteri.

Berkahwin dengan Kajol

Selepas hubungan cinta Ajay dan Karisma berakhir, Ajay berkahwin dengan Kajol. Pada mulanya hubungan mereka dapat tentangan daripada pengarah terkenal Karan Johar, kerana sikap Ajay yang kaki perempuan. Tetapi Kajol tetap dengan pendiriannya.

Sekarang mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Nysa Devgan dan Yug Devgan.

Skandal dengan Kangana Ranaut

Filem Once Upon A Time in Mumbai menyaksikan Ajay Devgan berlakon bersama pelakon baru Kangana Ranaut. Mereka dikatakan mempunyai skandal kerana Ajay selalu menghantar Kangana pulang kerumah selepas selesai penggambaran dan mereka sering dilihat keluar bersama.

Bercinta pula dengan Ileana D’Cruz.

Sekarang ini Ajay dikhabarkan hangat bercinta dengan Ileana D’Cruz selepas mereka digandingkan dalam filem Baadshado. Dalam filem itu terdapat adegan intim yang dilakonkan mereka, tapi adegan itu telah ditapis oleh pihak produksi filem.

Setuju adegan intim bersama Erika walaupun adegan ini tak perlu ada

Disebabkan perkara itu, Kajol dikhabarkan mengalami kemurungan.

Sumber : Lobak Merah via https://www.ohmymedia.cc

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *