Aiman Tino Dipuji Makin Kacak Dan Matang

MUNGKIN ramai yang sedar, penampilan penyanyi Aiman Tino sejak akhir-akhir ini agak berbeza daripada kebiasaan.

Ramai peminat yang mengatakan penampilan Aiman kini sudah lebih matang dan dewasa.

Semuanya gara-gara keputusan Aiman untuk menyimpan janggut sebulan yang lalu.

Malah, posting gambar terbaru Aiman di laman Instagram dibanjiri dengan pujian yang mengatakan penyanyi muda itu semakin kacak.

Pada yang tidak tahu, Aiman sebelum ini membuat keputusan untuk menyimpan janggut untuk membuang imej ‘baby face’.

Jelasnya, keputusan itu juga diambil bersempena kehadiran single terbaru berjudul Terlerai Sebuah Janji yang membawakan sesuatu lebih matang buat pengikut setianya.

Sumber: Astro Awani