5 Tahun Tinggal Di Korea Selatan, Lelaki Ini Bongkar Sisi Gelap Penjual Makanan Guna Logo Halal Palsu

Antara kesukaran yang dialami oleh orang Melayu ketika bercuti ke luar negara adalah untuk mencari makanan yang halal. Ianya mencari suatu perkara yang lebih mencabar sekiranya Islam merupakan minoriti di negera yang dikunjungi itu.

Baru-baru ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai Amin telah menulis sebuah perkongsian di laman sosial Facebook berkenaan dengan pengalamannya sebagai seorang perantau di Korea Selatan.

Mengakui hampir 5 tahun tinggal di negara tersebut, lelaki tersebut telah mendedahkan bahawa terdapat sesuatu perkara yang para pelancong Muslim tidak tahu tentang gerai-gerai makan yang ditampal logo halal.

Menurut pelajar jurusan kejuruteraan elektrik ini, dia pada awal lagi sememangnya kurang yakin terhadap logo halal yang dilihat semakin banyak ditampal pada gerai-gerai makan di sekitar Korea.

Hal ini disebabkan oleh kebanyakan logo halal tersebut adalah palsu dan sama sekali tidak diiktiraf badan-badan yang tertentu khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Selain itu, lelaki tersebut juga mengakui dia berasa sedih terhadap pelancong Muslim khsususnya dari Indonesia dan juga Malaysia yang terus sahaja menikmati makanan di gerai-gerai tersebut tanpa rasa was-was.

“Plus kalau ade logo halal ni lagi mahal diorang leh jual sbb standard makanan halal kat sini mahal. Halal pork (daging babi) pon pernah ade jual kat korea tau.

Pernah gak aku tanye salah satu gerai kat sana tau x ape makanan halal? Die pon dgn yakin ckp kalo xde alcohol and pork halal lah makanan tu. Yes it’s true, tapi ingredients2 lain pon tak boleh ade unsur binatang lain jugak.”

Dalam entri terakhir perkongsiannya juga, dia menjelaskan bahawa bukan semua gerai di Korea tersebut menipu dengan logo halal, namun dia menggesa agar orang ramai lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan sepanjang bercuti ke negara tersebut.

Sumber : FB Backpackers Buddies Malaysia (BBM), FB Halal Korea via https://www.ohmymedia.cc

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *