5 ‘HINT’ Lelaki Dah Jatuh Cinta Pada Anda, Tapi Wanita Je Yang Tak Perasan!

5 ‘HINT’ Lelaki Dah Jatuh Cinta Pada Anda, Tapi Wanita Je Perasan! Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri untuk menunjukkan rasa sayang mereka terhadap seseorang. Begitu juga dengan lelaki yang memiliki cara berbeza mengikut individu dan personaliti mereka.

Ramai antara kalangan wanita yang kadangkala tidak dapat ‘menangkap’ petanda-petanda dan hit yang diberikan oleh si dia untuk menunjukkan bahawa dia suka pada korang.

Jangan terkejut ya kalau korang jumpa lelaki yang mempunyai sifat pemalu mengalahkan perempuan. Dan bukan korang sahaja yang boleh menjadi makhluk paling misteri di atas muka bumi ini.

Jadi bagaimana korang nak kenali petanda atau petunjuk bahawa lelaki itu suka pada korang? Adakah menerusi gerak badannya, percakapannya, cara dia melihat atau kekerapan dia likes foto korang di Instagram?

Jom kita sama-sama tengok apakah petunjuk yang boleh memberikan korang idea yang sebenar.

BAHASA BADAN

Salah satu cara untuk seseorang jejaka itu suka pada korang ialah dengan melihat bahasa badannya. Contohnya lihat bagaimana badannya memberi reaksi ketika berbual. Lihat kakinya adakah dia betul-betul pointing terhadap korang? Jika ya, memang sah dia suka!

RENUNGAN MATA

Bak kata orang pandangan mata itu tidak pernah menipu. Setiap eye contact yang dilakukannya ketika berbual dengan korang merupakan satu hint yang cukup besar sekali. Seorang lelaki yang suka pada seseorang akan sentiasa merenung tepat ke mata. Malah, dia juga akan sering mencuri lihat kelibat korang.

SERING TERSENYUM

Senyuman bukan sahaja menandakan dia senang dengan kehadiran korang tetapi sebagai petunjuk bahawa dia suka. Jika bertemunya selepas ini sila perhatikan bagaimana dia senyum. Senyuman yang penuh kasih sayang biasanya akan lebih lama dan turut terpaut di mata.

PERHATIKAN KAWAN-KAWANNYA

Kebiasaannya seorang lelaki akan berkongsi dengan kawan baiknya tentang gadis yang disukainya. Oleh itu, perhatikan kawan baiknya ketika korang bersama. Jika dia pun sentiasa tersenyum maka ada perkara yang cukup menggelikan hatinya. Ia mungkin kerana kawannya cukup geli hati melihat bagaimana di dia begitu awkward bila berdepan dengan korang.

SERING MENGUSIK

Pertama sekali korang kena terima hakikat bahawa kadnagkala lelaki boleh menjadi tak matang terutamanya bila dia berdepan dengan seseorang yang sangat disukainya. Tapi korang juga kena bezakan antara usikan manja dan usikan yang melampau. Jika dia suka, dia akan mengusik perkara yang tidaklah terlalu menyetuh hal-hal sensitif.

Sumber: Remaja